Tragis! Seorang warga emas dibaham buaya

Tragis! Seorang warga emas dibaham buaya

Seorang lelaki warga emas hilang disyaki dibaham buaya ketika turun ke botnya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, Rabu lalu dan kehilangan Addi Bangsa, 60, disedari oleh penduduk penduduk kira-kira pukul 4 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (BBP) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan daripada Balai Polis Tawau, pukul 7.03 pagi semalam, untuk memaklumkan mangsa dibaham buaya di kawasan sungai berkenaan.

Tragis! Seorang warga emas dibaham buaya

Katanya, mangsa dipercayai dibaham buaya ketika turun ke bot kira-kira pukul 4 pagi kelmarin.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan bot dengan kaedah surface searching (pencarian di permukaan).

“Pencarian dilakukan di sepanjang muara sungai dengan radius tiga kilometer. Mangsa belum ditemui dan operasi akan disambung pada pagi ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BACA JUGA:

Wanita kantoi berkhalwat dengan remaja 16 tahun, rupa-rupanya rakan baik anak sendiri!

Tragis! 75 ekor biri-biri di baham harimau kumbang sekali gus

Kaum hawa berbadan besar perlu berwaspada bila haid tak teratur, ini akibatnya…