Tuan rumah reda pecahkan pagar,lembu tersepit celah pagar “Ingatkan oyen je selalu buat perangai”

Tuan rumah reda pecahkan pagar,lembu tersepit celah pagar “Ingatkan oyen je selalu buat perangai”

Seekor lembu tiba-tiba popular di media sosial selepas tular video memaparkan kepalanya tersekat pada pagar batu sebuah rumah.

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang memecahkan sebahagian pagar tersebut menggunakan tukul bagi menyelamatkan haiwan peliharaannya.

Tuan rumah reda pecahkan pagar,lembu tersepit celah pagar "Ingatkan oyen je selalu buat perangai"

Pemilik lembu yang dikenali sebagai Izwan atau Aboy mendedahkan kejadian tersebut berlaku di kediamannya di Gemencheh, Negeri Sembilan, pada 19 Julai lalu.

“Kejadian berlaku di rumah saya. Ini bukan kejadian pertama, sebelum ni pernah juga terjadi tapi kepala boleh lepas.

“Cuma kali ni kepala lembu tak lepas. Lembu tu macam minta tolong. Jadi saya terpaksa pecahkan satu tiang pada pagar tu menggunakan tukul,” ujarnya.

Menurut pemandu jengkaut itu, dia pada awalnya berkongsi video kejadian menerusi aplikasi TikTok untuk tontonan rakan-rakan sahaja.

Namun katanya, dia sama sekali tidak menyangka video tersebut dihujani pelbagai komen netizen sehingga meraih hampir setengah juta tontonan.

“Tak sangka pula dapat sambutan macam ni sekali. Biasanya saya suka post video tentang kerja di TikTok. Memang kawan-kawan je yang menonton.

“Tiba-tiba viral video lembu. Saya ni duduk di kampung, boleh la bela haiwan sikit-sikit. Setakat ini ada 15 ekor lembu peliharaan,” ujar Izwan lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terhibur melihat aksi lembu berkenaan yang dianggap lucu dan tidak masuk akal.

Pada masa sama, ramai yang turut menzahirkan rasa simpati melihat lembu itu yang kelihatan ‘pasrah’ ketika ia sedang dibantu oleh pemiliknya.

“Ingatkan budak je yang nakal. Rupa-rupanya binatang ini pun nakal juga. Adoi, tak pasal-pasal kena pecah pagar.

“Masa raya korban hari tu tak nak pula serah leher tu.

“Ingatkan Oyen (kucing) je selalu buat perangai. Dia pun nak juga, kan dah mendapat.

“Pecah simen rugi RM5,000, kalau sembelih untung RM10,000,” tulis beberapa netizen secara berseloroh.

BACA JUGA:

Anwar mahu selaraskan slogan Malaysia Madani dengan perluas program zikir, selawat ke seluruh negara

Gudang mercun di Thailand meletup, tiada rakyat Malaysia terbabit

Korang tahu akaun astro boleh terminate tanpa caj tertunggak? Ini cara yang betul