Tular! Diana Danielle dedah identiti individu yang pegang tanggannya ketika masih dalam iddah

“Saya pegang tangan Yien,” kata ringkas pelakon Diana Danielle sambil menuding jari ke arah seorang wanita berambut pendek yang berada di tempat duduk pemandu.
Diana, 32, menjawab spekulasi mengenai foto yang dikongsi di Instagram baru-baru ini.

Pelakon Imaginur itu ditanya mengenai hal berkenaan sewaktu ditemui bergegas pulang selepas prosiding tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Isnin.

Terdahulu, Diana mengundang perhatian pengikut laman sosial selepas memuat naik fotonya sedang memegang tangan seseorang dengan berbaju tanpa lengan.

Tular! Diana Danielle dedah identiti individu yang pegang tanggannya ketika masih dalam iddah

Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 oleh hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Zulfikri Yasoa pada petang Isnin.

Terdahulu Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Syukran Yusof, menerusi Google Meet memandangkan pelakon filem Anwar itu tidak menghadirkan diri ke mahkamah.
Kontroversi rumah tangga pasangan ini timbul selepas Diana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.

BACA JUGA:

Netizen ekori pekerja asing stesen minyak perangai pelik, terkejut sanggup tergesa-gesa isi minyak untuk buat kerja ni

Ibu meraung saksi anak maut tercekik rambutan

Dua lelaki maut ketika lumba berenang, hasrat jadi Ironman terkubur