Tular pemuda temui sebungkus kain batik atas buaian depan rumah yang berisi…

Tular pemuda temui sebungkus kain batik atas buaian depan rumah yang berisi…

Seorang pemandu lori terkejut apabila menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di buaian besi hadapan rumahnya di Lorong Asrama Anak Yatim Batu 36 di sini, hari ini.

Bayi yang masih hidup dan dibaluti kain batik ditemui lelaki berusia 29 tahun berkenaan, kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.

Tular pemuda temui sebungkus kain batik atas buaian depan rumah yang berisi…

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, ketika kejadian pengadu yang mahu keluar bekerja ternampak sesuatu di atas buaian tersebut.

Katanya, lelaki itu kemudian membuka balutan kain batik berkenaan dan mendapati seorang bayi masih mempunyai tali pusat yang telah dipotong sebelum menghubungi pihak hospital untuk bantuan selanjutnya.

“Tiada sebarang dokumen atau barangan lain yang ditinggalkan berhampiran lokasi penemuan itu. Bayi itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) bagi rawatan lanjut dengan pemeriksaan mendapati tiada kecederaan fizikal dan berada dalam sihat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

BACA JUGA:

Hina kerajaan Malaysia merepek, teguk arak.Ini antara 7 perangai tak senonoh Matty Healy

Matty Healy biadap di atas pentas, “Saya diundang, itu yang kamu akan dapat” – Fahmi Fadzil mahu penganjur beri penjelasan

Budak sekolah agama dedah pernah dipaksa jual kismis & air bacaan Al-quran sampai pernah dibogelkan gara-gara…