Tular rakyat saksi Ahmad Zahid baik hati tolong penunggang motosikal kemalangan

Tular rakyat saksi Ahmad Zahid baik hati tolong penunggang motosikal kemalangan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur untuk segera mendapatkan rawatan.

Menerusi perkongsiannya di Twitter rasminya, kejadian tersebut berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang setelah menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan MIC.

Tular rakyat saksi Ahmad Zahid baik hati tolong penunggang motosikal kemalangan

“Saya secara kebetulan melihat berlakunya kemalangan yang baru terjadi melibatkan sebuah kereta dan penunggang motosikal berdekatan Jalan Tuanku Abdul Halim.

“Kami bergegas membantu Satnam dan saya telah pastikan agar rawatan serta urusan perubatan beliau dapat disegerakan,” katanya pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan doa agar mangsa tersebut sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

BACA JUGA:

TikToker raih sebulan RM10,000,”Tak apalah gaji sikit, daripada mengemis duit jadi orang bodoh macam ni” – Netizen

Hairul Azreen tak mahu berlakon lagi, Malbatt filem terakhir

Ramai baran dengan abang Tesla, kahwin dua sebab ustaz cakap isteri pertama untuk dihargai tapi isteri kedua untuk dicintai