Tular! Seorang budak perempuan meraung, pucat kepanasan ditinggalkan dalam kereta lebih 40 minit

Tular sebuah video dimuat naik seorang pengguna media sosial X dikenali Arif Ijat yang memaparkan seorang kanak-kanak ditemui menangis seorang diri akibat kepanasan di dalam sebuah kereta.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki tersebut ditinggalkan oleh orang dewasa di dalam kereta tersebut dengan membiarkan enjin kenderaan dimatikan dan cermin bahagian depan dibuka sedikit.

Apa yang membuatkan individu berkenaan kesal dan terkilan adalah kanak-kanak terbabit dibiarkan seorang diri di dalam keadaan cuaca panas.

Tular! Seorang budak perempuan meraung, pucat kepanasan ditinggalkan dalam kereta lebih 40 minit

“Tengok, aku jumpa tadi. Budak menangis dalam kereta, berpeluh sampai pucat. Enjin mati, kemudian dibiarkan tingkap depan sahaja dibuka sedikit. Gila apa la, tinggalkan anak dalam kereta dalam keadaan panas seperti ini,”ciapnya.

Dalam hantaran seterusnya, individu berkenaan mendedahkan hampir 40 minit dirinya menunggu pemilik kenderaan terbabit datang, namun hampa.

Susulan itu, dia terpaksa memohon bantuan orang ramai yang berada di lokasi kejadian dan terpaksa memecahkan cermin kereta bagi menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta.

“Dekat 40 minit aku di situ, tiada pun ibu bapanya datang. Jadi, aku meminta pertolongan orang ramai. Info terkini, budak tu selamat. Kami pecahkan cermin dan bawa budak tu tinggal di klinik berhampiran.

“Dekat 40 min aku kat situ takde pon parents dia datang. So aku mintak tolong orang ramai. Latest update budak tu selamat. Kitorang pecahkan cermin and membawa budak itu tinggal di klinik,”jelasnya.

Seperti dijangka, ramai meluahkan rasa berang dan marah dengan sikap ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut kerana tergamak meninggalkan seorang budak kecil seorang diri dalam kereta.

BACA JUGA:

Peserta OKU juara qari antarabangsa tampil beri nasihat untuk orang ramai

”Duda, bujang semua tak laku. Laki orang yang di gilakan” – Rozita Che Wan geli dengan sikap perempuan zaman sekarang

6 tahun tak ada zuriat tak gelabah cari yang lain, berkat kesetiaan pasangan akhirnya dapat anak kembar