Tular video abang Tesla bawak isteri-isteri makan, tapi netizen baran tengok abang Tesla ‘palau’ isteri pertama

Biarpun bermacam-macam jenis kecaman dilemparkan kerana tindakan dan kenyataannya itu, ia seperti tidak membuatkan Abang Tesla terkesan.

Daripada perkongsian video pujuk isteri, sampai kenyataan yang membuatkan orang ramai marah pasal kahwin baru lagi kalau susah dapat anak, Abang Tesla sekali lagi mendapat perhatian netizen di TikTok.

Bagaimanapun, sepanjang Abang Tesla ni dah kahwin, tak pernah tengok kelibat dan rupa isteri keduanya itu, bahkan tak ada video Abang Tesla keluar dengan isteri kedua, yang ada cuma isteri pertama sahaja.

Tular video abang Tesla bawak isteri-isteri makan, tapi netizen baran tengok abang Tesla ‘palau’ isteri pertama

Oleh itu, baru-baru ini, satu video di TikTok tular menunjukkan Abang Tesla membawa kedua-dua isterinya makan di luar dan dilihat mereka bertiga begitu sweet. Dilihat Abang Tesla makan sambil suap menyuap kedua-dua isterinya itu.

Dalam masa sehari, video tersebut telah meraih lebih daripada 500K jumlah tontonan dan rata-rata pelik dengan tindakan Abang Tesla yang suap isteri kedua makan sebelum giliran isteri pertama.

Malah ada juga yang berseloroh menyifatkan Abang Tesla tidak berlaku adil kerana tidak suap kedua-dua isterinya itu makan dalam satu masa.

Haih, ada-ada je la Abang Tesla, tu, apapun, semoga Abang Tesla bahagia dengan isteri-isteri dia ya.

BACA JUGA:

Pemuda 21 tahun reda sebelah kakinya dipotong,”Balik sekolah je beli air gas, balik sekolah je beli”

Trend sekarang, peniaga calit makanan pada alat sulit demi lariskan jualan

”Putih macam kertas”, warganet risau ramai obses nak putih sampai sanggup letak merkuri dekat muka