Tular video Sherry Alhadad keluar dating tapi peminat titip amaran pula

Nama pelakon dan pengacara Sherry Alhadad menjadi sebutan ramai apabila video dia keluar ‘dating’ bersama seorang jejaka tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Amin Moktar memaparkan Sherry yang mengenakan baju kemeja putih sambil mengenakan topi hitam menuju ke arah kereta lelaki berkenaan.

Malah wajah Sherry juga dilihat tersenyum gembira melihat gelagat Amin yang sedang merakamnya.

Tular video Sherry Alhadad keluar dating tapi peminat titip amaran pula

Jejaka berkenaan yang turut membahasakan dirinya sebagai Abang Proton turut menguapkan terima kasih kepada Sherry yang sentiasa menceriakan hidupnya.

“Evening date with her. Terima kasih selalu menceriakan hidup I. Sekian, Abang Proton,” katanya.

Lebih menarik perhatian lagi apabila Sherry juga mengajaknya untuk keluar bersama sekiranya ada masa terluang kelak.

“Terima kasih bawa saya pergi healing. Nanti kita pergi healing lagi eh? Kita makan pula dekat tempat lain,” kata Sherry.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meminta Amin tidak melukakan hati Sherry dan memberinya layanan yang baik.

“Abang jangan main-mainkan Sherry. Kami sayang dia..

“Sherry ini baik, kadang orang anggap kawan itu sebenarnya jodoh,” antara komen netizen.

BACA JUGA:

Abang ipar tak mengaku salah biar adik dirogol bergilir-gilir, ini respon yang diberikan

”Netizen meluat tengok PS mengaku diri paling cantik dalam dunia

Gadis kongsi rahsia cantik kena makan burung merpati, betul ke? Ini penjelasannya