Tular! wanita leka main telefon bimbit hingga tak perasan eskalator berhenti – Bahaya main telefon bimbit semasa berjalan

Tular! wanita leka main telefon bimbit hingga tak perasan eskalator berhenti – Bahaya main telefon bimbit semasa berjalan

Sesibuk mana pun kita, namun kita dinasihatkan untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu atau ketika berjalan kerana apabila mata kita tidak memandang ke depan, ia boleh menyebabkan kemalangan.

Seorang wanita di Filipina pula telah menjadi perhatian ramai pengguna media sosial apabila dia tidak sedar bahawa eskalator yang dinaikinya telah berhenti gara-gara dirinya yang terlalu fokus melihat skrin telefon bimbitnya.

Tular! wanita leka main telefon bimbit hingga tak perasan eskalator berhenti - Bahaya main telefon bimbit semasa berjalan

Gelagat wanita itu telah sempat dirakam oleh orang awam yang turut berada di kawasan itu sebelum video tersebut dikongsikan di media sosial.

Dapat dilihat, orang awam di sekitar wanita itu yang turut menaiki eskalator itu telah bergerak ke atas secara manual kerana tangga bergerak itu telah berhenti berfungsi, namun wanita itu pula tetap berdiri di atas eskalator sambil memegang telefon.

Gelagat wanita itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Walaupun ramai yang terhibur dengan wanita itu, namun tak kurang juga ada yang berpendapat bahawa tindakan wanita itu yang tidak endah dengan keadaan sekeliling boleh menyusahkan orang lain.

Cuma pelik jugak lah, kenapa orang yang lalu lalang di tepi wanita tu tak tegur dan beritahu dia bahawa eskalator tu dah berhenti? Kesian dia tunggu nak naik atas tapi tak sampai-sampai.

BACA JUGA:

Pengundi muda dijangka sumbang lebih 50 peratus undian dalam PRN

Wakil rakyat terpaksa tanggung malu apabila seluar beliau tertanggal dihadapan rakyat

“Purata wanita menangis 1.3 kali sebulan” Ini 3 keadaan buat air mata keluar