UKM mendapati 75% remaja tonton videu dan gambar lucah

UKM mendapati 75% remaja tonton videu dan gambar lucah

Kajian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati 75 peratus remaja terutamanya lelaki pernah menonton video lucah atau melihat gambar lucah.

Pensyarah di Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan UKM, Profesor Madya Dr Noor Azimah Muhammad berkata, kajian dijalankan pada 2021 itu menunjukkan kebanyakannya adalah remaja lelaki yang terjebak semasa menuntut di sekolah menengah dan kerap menggunakan internet di rumah secara bersendirian.

Menurutnya, penggunaan internet dan media sosial masa kini memudahkan remaja untuk mendapatkan video atau gambar pornografi tanpa dikesan ibu bapa.

UKM mendapati 75% remaja tonton videu dan gambar lucah

Ujar beliau, perbuatan tidak bermoral itu disokong dengan adanya kemudahan WiFi sama ada di dalam rumah sendiri atau sesetengah premis yang mana remaja tidak perlu mengeluarkan duit sendiri.

“Terdapat kes seorang pelajar lelaki mengakui menonton lebih 200 video pornografi sehari semata-mata untuk memuaskan keinginan seksualnya hingga terdedah kepada masturbasi dan akhirnya mengamalkan aktiviti seks bebas semasa menuntut di kolej.

“Perbuatan menonton pornografi ini menyebabkan sebahagiannya mengalami ketagihan yang boleh menyebabkan mereka berisiko melakukan seks bebas dan mengalami jangkitan penyakit kelamin seperti Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau sifilis.

“Dalam satu kajian lain yang dijalankan pada 2013 terhadap 988 pelajar kolej, data menunjukkan 10 peratus daripada mereka pernah mengadakan aktiviti seksual manakala lima peratus pula sangat aktif melakukannya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Selain itu, aktiviti seksual yang dilakukan remaja adalah berisiko tinggi yang mana mereka cenderung bertukar-tukar pasangan, mengamalkan kegiatan homoseksual dan biseksual, tidak menggunakan kondom atau pencegah kehamilan serta di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

BACA JUGA:tular suami khayal dan bakar isteri