viral tindakan tidak wajar seorang wanita melontar selipar di jamrah

viral tindakan tidak wajar seorang wanita melontar selipar di jamrah.

Video di TikTok baru-baru ini meraih perhatian dan mengundang pertikaian ramai warganet selepas ia tular pada hujung Jun lalu.

Menerusi rakaman itu, seorang jemaah wanita di Jamrah tetapi tidak membaling batu sebaliknya melemparkan seliparnya ke tiang berkenaan.

Bukan hanya dia tetapi juga seorang jemaah lelaki turut dilihat melemparkan selipar seperti dilakukan wanita terbabit.

viral tindakan tidak wajar seorang wanita melontar selipar di jamrah

Tindakan mereka itu mengundang kritikan dan dipertikaikan ramai netizen termasuklah mereka yang bukan beragama Islam.

Sesetengah warganet mempersoal kebersihan di sekitar kawasan tiang tersebut selain ada yang membuat refleksi tentang tingkah laku jemaah yang berpeluang menunaikan Haji.