Jatuh cinta sesuatu yang misteri, aneh, unik dan ada kala sukar dijelaskan. Ada pasangan yang sudah berpuluh-puluh tahun hidup bersama, cinta tetap kukuh dan mekar. Sebilangan pasangan lain pula ada yang berpaling kepada cinta lain selepas berbelas tahun menjalani bahtera perkahwinan.
Realitinya, putus cinta sesuatu yang menyakitkan. Selain dirundung kesedihan, seseorang yang mengalami putus cinta juga pasti akan kecewa dan amarah hingga mengalami tekanan perasaan.
Siapakah yang lebih menderita apabila putus cinta? Lelaki atau wanita?
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Profesor Antrolopogi dari Binghamton University di New York, Amerika Syarikat, Craig Morris bersama kumpulannya, mendapati wanita lebih cenderung menderita akibat putus cinta dan memerlukan waktu yang panjang untuk pulih.
Meskipun begitu, hasil kajian turut mendapati, lelaki juga tidak pernah pulih dari kesan putus cinta, sebaliknya mereka memutuskan untuk tetap menjalani kehidupan.
BACA JUGA:
Tidur awal setiap hari tapi siang masih ngantuk? hati-hati anda bakal terkena penyakit berbahaya