Wanita kaya ketawa bila bekas suami nak beri nafkah anak kurang RM5

Ramai lelaki terlupa bahawa melunaskan nafkah anak merupakan satu kewajiban yang perlu dilaksanakan hatta sudah bercerai dengan bekas isteri sekalipun.

Andai gagal memberikan kerjasama yang baik, ada bekas isteri yang terpaksa menuntut keadilan di mahkamah demi masa depan anak-anak.

Itulah proses sulh yang sedang dilalui oleh usahawan, Puan Nurain Abdullah di mana dia ada berkongsikan kisah itu menerusi TikToknya kelmarin.

Wanita kaya ketawa bila bekas suami nak beri nafkah anak kurang RM5

Sambil berjalan keluar mahkamah dan memegang dokumen penting, dia mendedahkan bagaimana bekas suaminya telah tawarkan RM200 untuk nafkah makan anak pada setiap bulan.

Faham dengan kewangan bekas suami sekarang, namun Puan Nurain yakin tuntutan nafkah anak yang dibuat olehnya tidaklah bersifat melampau.

Selain itu, usahawan ini sempat menyindir lelaki berkenaan yang seronok melancong dengan keluarga baru tetapi memberi alasan tidak mampu dalam urusan nafkah anak-anak kandung.

Dengan alasan perlu menanggung anak-anak tiri (anak isteri baru), Puan Nurain bagaimanapun menyifatkan bekas suaminya tidak patut mengetepikan hak yang seharusnya diterima oleh anak-anak kandung.

Aku tuntut RM5 sekali makan, itu asal ada je…Aku nak tolong ex supaya tak ‘kena’ di akhirat sana
Ramai netizen wanita begitu menyokong perjuangan Puan Nurain menuntut hak anak-anak. Malangnya, ramai juga golongan lelaki yang melenting selain menuduhnya mahu menumpang kesenangan bekas suami.

Tidak bercakap banyak, usahawan ini terus menunjukkan duit yang berkepuk-kepuk sekaligus membuktikan bahawa dia sendiri sudah mempunyai harta sendiri. Jadi fitnah sebegitu jelas-jelas tak berasas sama sekali.

BACA JUGA:

Patutlah terik, rupanya bumi alami tempoh paling panas sepanjang tiga bulan ni

Wanita kongsi 17 petua untuk tambah skill memasak, barulah power!

Anak Issey rupanya, hampir dilanggar kereta berundur terbabas di kedai kucing