Wanita kurang waras kantoi cubaan tinggal anak kandung ditahan pengawal

Wanita kurang waras kantoi cubaan tinggal anak kandung ditahan pengawal

Berang ditegur kerana meninggalkan anak kandung dalam pasar raya, seorang wanita bertindak membaling selipar kepada pengawal keselamatan premis tersebut.

Rakaman video yang memaparkan dia ‘mengamuk’ tular di media sosial selepas dimuat naik di halaman Twitter.

Wanita kurang waras kantoi cubaan tinggal anak kandung ditahan pengawal

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan video berkaitan kira-kira pukul 12.39 tengah hari selepas dimuat naik di Twitter kira-kira pukul 10 pagi Isnin.

Katanya, berdasarkan rakaman tular itu, didapati seorang individu mengamuk di hadapan pasar raya.

“Punca kejadian disebabkan pihak pengawal pasar raya berkenaan memintanya untuk tidak meninggalkan anak apabila keluar daripada premis.

“Hasil semakan mendapati terdapat satu laporan polis telah dibuat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kira-kira pukul 9.13 pagi (hari ini) berkaitannya,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, berdasarkan laporan, seorang wanita yang belum diketahui identitinya bersama dua anak telah diselamatkan.

Ujarnya, mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapatkan rawatan kerana disyaki kurang waras.

“Tiada sebarang dokumen diri diperoleh daripada individu tersebut. Kes diklasifikasikan rujuk lain agensi (RLA) ke JKM,” katanya.

BACA JUGA:

Wanita jumpa bendasing tak normal dalam coklat

Netizen trigger bila ditegur, Doktor tegur makin ramai penjual air manis potong kaki

Tular! warga asing bela ayam di kawasan perumahan,”Report semua tak jalan… Cara mudah, pergi sound depan-depan ataupun serang je”