Wanita sarat mengandung maut selepas mengidam makan di restoran, malang tak berbau motosikal langgar anjing

Wanita mengandung enam bulan maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor anjing di Jalan Keru- Batu Belang, di sini pada Khamis.

Mangsa yang berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia jam 2.10 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Tampin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, kejadian jam 12.05 tengah malam itu berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal jenis Modenas Dinamik seorang diri.

Wanita sarat mengandung maut selepas mengidam makan di restoran, malang tak berbau motosikal langgar anjing

“Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari kedai makan di Jalan Tampin – Gemas ke rumahnya di Kampung Keru Hulu,Tampin.

“Namun sebaik sampai di lokasi, mangsa telah melanggar seekor anjing menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan lalu terjatuh,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia selepas dua jam kejadian.

BACA JUGA:

Tak masuk akal, Peminat hadiahkan Shah Rukh Khan sebidang tanah di bulan

China sekat import makanan laut, Jepun buang air radioaktif di Lautan Pasifik

Sharifah Sakinah gelar Nad Zainal narsistik, bagai kacang lupakan kulit?