Zarina Anjouline ‘getback’ dengan bekas tunang sebab dipujuk?, warganet teruja “Mama papa is back!”

Zarina Anjoulie bukanlah nama asing dalam industri seni tempatan, malah dia kini aktif di media sosial dan sering berkongsi kehidupan hariannya dengan peminat-peminatnya.

Sebelum ini, pelakon Anak Pontianak itu pada Januari lalu mengumumkan dia sudah pun bertunang dengan seorang lelaki berpangkat Datuk Seri yang dikenali sebagai Khazrul Elzey.

Pun begitu, hubungan mereka tidak bertahan lama dan dia mengumumkan sudah berpisah dengan jejaka itu.

Zarina Anjouline ‘getback’ dengan bekas tunang sebab dipujuk?, warganet teruja “Mama papa is back!”

Terbaru, Zarina yang lebih mesra disapa Anju berkongsi gambar dengan bekas tunangnya itu di Instagram miliknya.

Pendedahan itu membuatkan ramai peminat Anju teruja, lebih-lebih lagi apabila mereka dilihat mesra bersama malah dalam posting itu Anju dan Khazrul turut disertai anak lelaki Anju iaitu Mateen.

“Buang yang keruh ambil yang jernih”

Dalam ruangan komen, ramai pengikut serta peminat Anju mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan kali ini.

Malah ada juga yang mengingatkan agar Anju sentiasa berhati-hati dan melupakan persengketaan mereka sebelum ini.

Semoga jodoh Anju dan Khazrul berpanjangan…

BACA JUGA:

Perbuatan terkutuk mentua terbongkar,”patutlah rasa diri ni bodoh, rupanya…”

Pemergian jaguh litar Hattem Rashdi, ratusan kenalan iring ke tanah perkuburan

Pemuda 21 tahun reda sebelah kakinya dipotong,”Balik sekolah je beli air gas, balik sekolah je beli”