Ziana Zain gelak besar, betul ke Ziana Zain sah dapat gelaran Datuk?

Baru-baru ini tular berita di media sosial mendakwa penyanyi wanita Ziana Zain kini sudah menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk.

Menyangkal dakwaan tersebut, Ziana atau nama sebenarnya Siti Rozaina Zain, 55, berkata berita itu palsu dan tidak benar sama sekali.

“Bila Kak Gee (nama panggilan dirinya) lihat gambar tersebut dan fokus ini bukan gambar saya dan bila masa pula dapat tawaran gelaran Datuk ni, saya tak marah pun tapi geli hati bila lihat berita palsu ini.

Ziana Zain gelak besar, betul ke Ziana Zain sah dapat gelaran Datuk?

“Saya pun tak tahu kerja siapa lagi pun berada dalam industri ini tak pernah pula terfikir untuk terima tawaran tu, ini adalah rezeki saya dan niat saya cuma nak hiburkan peminat.

“Mungkin orang lain ada motif untuk menerima gelaran tersebut tapi saya bukan macam itu dan terima kasih sangat kepada yang mungkin memandang sampai ke situ, kalau ada rezeki Alhamdulilah tapi saya tak kejar sangat pun gelaran tu,” kata Ziana

BACA JUGA:

Lelaki gemar mencarut semasa hidup, wanita kongsi detik lelaki nazak cuba ‘mengucap’ tapi…

Pelakon Pekin Ibrahim dedah terima petua dapat zuriat pelik, semasa hubungan intim kena..

Hanya tawar servis ‘BF Online’, pemuda raih RM50k dalam masa 2 bulan,“Lain macam survival mode untuk hidup zaman sekarang ni”