Zul Ariffin dedah jadi aktor saat usia hampir 40-an sangat mencabar
Melakonkan karakter utama dalam sebuah lagi filem bercorak kepolisan berjudul Syerif terbitan Skop Production dengan kerjasama Astro Shaw, Zul Ariffin meletakkan seluruh jiwa raga untuk naskhah berkenaan.
Selepas 70 hari penggambaran, Zul menyifatkan filem arahan sutradara Syafiq Yusof itu sangat mencabar kemampuannya sebagai seorang aktor dalam pada usia menghampiri angka 40-an.
Zul bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Syerif yang akan ditayangkan tahun hadapan.
Seronok membawakan peranan seorang polis, Zul juga berkongsi kisah bakal menunaikan ibadah haji dalam waktu terdekat.
Dalam mana-mana organisasi pasti ada konflik antara satu jabatan dengan jabatan yang lain. Itu yang cuba dirungkai menerusi Syerif.
Bukan nak angkat bahawa itu adalah realiti di luar, tetapi benda ini wujud (berlakunya konflik dalam jabatan).
Objektif kami sama iaitu nak mencari keadilan dalam sesebuah perkara atau permasalahan, tetapi kadang-kadang gunting dalam lipatan itu wujud ketika kita bekerja atau menjalankan tanggungjawab.
Bekerja dengan pengarah Polis Evo 3 yang sedang meraih pujian ramai sekarang, bagaimana rasanya tanggungjawab yang dipikul anda untuk Syerif?
Ini memang ‘forte’ kepakaran Syafiq. Apa yang boleh dikongsikan, filem ini ini yang bakal ditayangkan di pawagam sekitar tahun hadapan, banyak plot twist (pusingan plot) dan suspens akan membikin penonton tak senang duduk.
Saya di lokasi penggambaran pun kadang-kadang keliru juga dengan gaya pengarahan Syafiq, namun percaya dengan kredibilitinya di bangku sutradara.
Keliru sebab kadang-kadang selepas ‘shoot’, saya tanyakan rakan pelakon, Azira Syafinaz, untuk apa babak tersebut dirakam.
Banyak sangat ‘kerja’ dan disebabkan itu, saya kadang-kadang jadi terkeliru. Saya percaya lain pengarah, lain gayanya. Saya selalu tanya Syafiq apa yang dia nak sebagai seorang pengarah. Saya rasa itu suatu budaya yang sihat antara pelakon dan pengarah.
Saya jenis aktor apabila masuk set, memang otak sedia untuk menjayakan mana-mana babak. Sebab itu, saya banyak tanya Syafiq apa yang dia nak daripada saya dalam Syerif.
Dalam kepala Syafiq, kadang-kadang dia terlalu fokus dan ada masa sibuk fikir tentang lain. Saya tak suka kacau proses dia buat kerja sebagai pengarah. Saya pula akan tanya semua benda sebelum masuk set.
Selain filem Syerif, apa lagi yang boleh anda kongsikan tentang perkembangan seni terbaharu anda?
Saya begini sahaja buat kerja satu per satu. Cuma Syerif, akan jadi projek terakhir sebelum saya berangkat ke Tanah Suci tidak lama lagi.
BACA JUGA:
Remaja lelaki cedera parah tertusuk buluh panjang
Guru tadika kena kecam sebab ajar murid menari ‘twerk’ dalam kelas